Rencah Hidup

Daripada juruterbang ke penghantar makanan

DULU jadi juruterbang dalam masa satu jam penerbangan boleh dapat minima RM600 tetapi sekarang kerja berhujan panas dapat RM60 ke RM70 sehari.

Itulah yang dialami oleh seorang juruterbang dikenali sebagai Anwar Ajid melalui perkongsikannya di Facebook selepas kehilangan pekerjaan pada bulan April lalu ekoran pandemik Covid-19.

Kehilangan pekerjaan terutamanya dalam keadaan mengejut dan tidak bersedia sememangnya boleh menganggu mental dan emosi seseorang.

BACA> Covid-19: Syarikat penerbangan rugi RM10.9 bilion

Tanpa ada sebarang persediaan dan dalam masa yang sama perlu mencari kaedah dan cara mendapatkan duit dalam tempoh singkat. Memang boleh buntu kepala dibuatnya.

Apatah lagi dengan jumlah gaji yang tetap sebelum ini sudah cukup untuk membayar semua hutang dan perbelanjaan bulanan.

Menurut Anwar, bukan senang baginya untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sudah banyak kali dia membuat permohonan mencari kerja.

“Memang kecewa sebab saya tidak mempunyai kemahiran lain selain daripada menjadi juruterbang.

“Akhirnya selepas puas berfikir, saya membuat keputusan untuk menjadi seorang penghantar (E-Hailing rider) untuk mendapatkan rezeki,” katanya.

Menurut Anwar lagi, jumlah pendapatan yang diperolehnya memang tidak mencukup untuk menanggung perbelanjaan bulanannya.

BACA> Zakir Naik saman Ramasamy

Tetapi jelasnya, dia tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditetapkan Allah untuk keluarganya buat masa sekarang.

Tambahnya, buat masa ini dia masih lagi bekerja sebagai penghantar barangan/makanan dan dalam masa yang sama, mula berniaga kambing perap atau steak. -SM

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button