MahkamahNasional

Mahkamah tolak permohonan Jamal tangguh bayar RM350,000 pada Teresa Kok

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos untuk menangguhkan penghakiman bagi membayar ganti rugi RM350,000 untuk fitnah dan kos kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arief Emran Arifin yang menyampaikan keputusannya dalam talian berkata, tiada keadaan istimewa untuk membolehkan penangguhan itu.

 

Beliau turut mengarahkan Jamal membayar kos RM3,000 kepada Kok.

Peguam, S N Nair dan Jaden Phoon mewakili Kok manakala Rejinder Singh mewakili Jamal.

Pada 26 Julai 2022, Kok yang juga Naib Pengerusi DAP menang saman fitnah terhadap Jamal yang diperintahkan membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM50,000 kepadanya.

Pada 2017, Jamal mendakwa Kok menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas Kerajaan Selangor.

GAMBAR BERNAMA/Datuk Seri Jamal Md Yunos

Kok mendakwa, kenyataan Jamal memberi gambaran beliau menyalahgunakan dana negeri itu untuk kegunaan sendiri, oleh itu beliau seorang yang tidak beretika.

Kok kemudian memfailkan notis bankrap terhadap Jamal yang ingkar membayar ganti rugi itu.

Rayuan Jamal untuk membatalkan penghakiman itu belum selesai di Mahkamah Rayuan. – SM

BACA Mahkamah Tinggi tolak permohonan Jamal batal saman Teresa Kok

BACA Jamal Yunus kena bayar RM300,000 kepada Teresa Kok

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button