Politik

Dari Ketereh ke Bukit Mertajam

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengotakan janjinya menghadiahkan laptop kepada pelajar SMK Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Nurainqistina Abdul Rahman.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, laptop itu telah sampai ke tangan penerimanya dari Ketereh ke Bukit Mertajam.

Meskipun sumbangan ini ibarat memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim namun ia sangat memberi manfaat kepada Nurainqistina.

Semalam Suara.TV melaporkan sejurus mendapat khabar kesulitan yang dihadapi pelajar itu yang sudah beberapa hari tidak menyertai kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana tidak mempunyai laptop, Annuar segera mengarahkan penghantaran alat itu kepada pelajar terbabit.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menyaksikan live Facebook akaun Muhsin Latheef yang mesra disapa mamu, dalam video berkenaan dia menceritakan dalam keadaan sebak dan menangis apabila seorang pelajar menghubunginya memaklumkan kesulitan yang dihadapinya untuk menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh PdPR tanpa alat peranti komputer.

Hari ini laptop itu telah sampai ke tangan Nurainqistina menerusi wakil sukarelawan Yayasan Permai, Cikgu Mazlan.

Sebelum ini, pada 3 Jun lalu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu melalui bantuan di lapangan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan menghulurkan sumbangan komputer riba dan tablet kepada empat pelajar di Ketereh yang dilaporkan mengalami kesukaran mengikuti PdPR kerana ketiadaan peranti dan capaian internet.

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button