Nasional

Program Yayasan PETRONAS EmpowerNCER Akademik Lahir Pelajar Cemerlang SPM 2022

PROGRAM Yayasan PETRONAS EmpowerNCER Akademik anjuran

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Yayasan PETRONAS yang dikelolakan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) berhasil apabila ada yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Sehubungan itu, majlis apresiasi bagi meraikan pelajar cemerlang SPM 2022 di bawah program empowerNCER Akademi yang diadakan di Kinta Riverfront Ipoh, Perak kelmarin yang turut yang dihadiri seramai 1800 murid SPM 2023 dan 500 murid Tahun Enam Orang Asli yang terlibat secara langsung di dalam program bagi tahun 2022.

Khairudin (lima dari kanan) bersama wakil -wakil Pejabat Pendidikan Daerah yang menerima sijil penghargaan sempena Majlis Apresiasi dan Jalinan Kolaborasi empowerNCER Akademik.

Selain itu, turut diadakan Majlis Jalinan Kolaborasi bagi tahun 2023 yang meraikan 31 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 17 buah Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) yang melibatkan sembilan buah daerah di Negeri Perak iaitu Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah. Daerah Kuala Kangsar dan Hilir Perak.

Ia merangkumi 400 murid dari enam sekolah yang ditaja oleh Yayasan PETRONAS dibawah Program Yayasan PETRONAS EmpowerNCER Akademik.
Exco Pendidikan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah dalam ucapan perasmian menggesa agar usaha baik ini diteruskan agar lebih ramai masyarakat dan pelajar memperolehi manfaat hasil daripada pelaksanaan program ini.

Beliau berharap agar semua pihak yang bertanggungjawab turut memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pencapaian akademik di Negeri Perak akan mencatat peningkatan yang baik pada masa akan datang.

“Kolaborasi stategik yang ditunjukkan ini memberikan hasil yang terbaik kepada keputusan SPM 2022 dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Pengarah Modal Insan dan Sekretariat NCIA, Datin Shahdee Datuk Ahmad serta Ketua Bahagian Operasi Yayasan PETRONAS, Tengku Noraida Tengku Mahmood.

Pengarah Program Prof Dr. Norkhalid Salimin yang juga Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI menganggap program bersama NCIA dan Yayasan Petronas itu berkesan dalam melahirkan pelajar cemerlang di negeri Perak.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri memberi kerjasama melaksanakan inisiatif yang efektif dan bersyukur dengan pencapaian tahun ini terutama sekali dalam keputusan 100% lulus Mata pelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, katanya, program ini juga memberi impak kepada murid Orang Asli tentang pentingnya pendidikan pada masa kini sekali gus membuktikan bahawa matlamat dan objektif program ini sememangnya berkesan.

Beliau berkata program empowerNCER Akademik adalah program akademik bertujuan menambah baik murid berprestasi rendah yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Usaha itu, katanya. menyaksikan berlaku peningkatan prestasi akademik dan pembangunan peribadi untuk penempatan ke institusi pengajian tinggi, TVET atau peluang keusahawanan, malah.

Program menggunakan pendekatan serampang tiga mata yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru.

“Program akademik murid Orang Asli direka khas untuk pelajar Tahun Enam daripada Sekolah Murid Orang Asli terpilih bagi menyediakan murid ke sekolah menengah dalam aspek akademik dan peningkatan kemahiran pembangunan peribadi mereka melalui metodologi pembelajaran yang menyeronokkan dan berasaskan pengalaman.

Prsha(dua dari kiri) pelajar cemerlang 9A bersama kedua ibu bapanya berkongsi kebanggaan.

Katanya, program ini meningkatkan pencapaian murid dari keluarga B40 melalui pendekatan holistik selain mencegah kemiskinan masa depan dengan memberi peluang untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang kurang berprestasi yang akan menduduki peperiksaan SPM dan seterusnya.

“Kita ingin memastikan peserta berjaya ke peringkat pendidikan lebih tinggi serta memastikan murid tahun enam orang Asli beralih ke tingkatan satu hasil penggunaan modul yang dibangunkan oleh guru mata pelajaran Subjek Teras dan pensyarah UPSI mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Program ini juga mampu mengeratkan hubungan dua hala antara pihak pelaksana dan pihak sekolah bagi memperkukuhkan lagi hubungan dan jalinan pendidikan yang terbina demi kemenjadian murid golongan B40 dan murid Orang Asli. Hasil kesan limpahan daripada program ini, ia dapat membuka mata ibubapa dan komuniti setempat tentang pentingnya pendidikan pada masa kini.

“Program dapat membantu mencegah berlakunya keciciran dalam akademik bagi murid SPM dan murid Orang Asli, malah membantu diri dan keluarga mereka keluar daripada kelompok golongan B40 dan miskin tegar.

Prsha A/P Gunalan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai antara berjaya meraih keputusan 9A hadir menerima sumbangan bersama bapa, Gunalan A/L Darman dan ibunya , Letchumy A/P Subramaniam.

“Saya berterima kasih kepada pihak Yayasan Petronas serta kedua ibu bapa serta semua pihak yang membantu sebelum saya menempuh SPM 2022,” katanya. -SM

Baca juga : SNS Network sumbang 1,000 buah komputer riba sempena Jerayawara Pendidikan MADANI

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button