Politik

Annuar Musa pemimpin berjiwa besar

SELESAI pengumuman senarai calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Mengapa dua gelanggang itu menjadi tumpuan, mungkin semua sudah sedia maklum, khususnya para penyokong Tan Sri Annuar Musa.

Cakap-cakap bahawa Annuar bakal bertanding di Kelantan memang tidak sesuai kerana beliau merupakan seorang pemimpin peringkat nasional, tetapi berpatah balik ke kerusi negeri. Manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu juga bukanlah tempat yang wajar buat Annuar.

Umum mengetahui sentimen pengundi di Terengganu sukar menerima pemimpin luar, apatah lagi yang datang dari negeri berjiran tersebut.

Annuar sejak awal lagi apabila menyertai Pas tidak meletakkan apa-apa syarat dan sasaran, kerana melihat parti berkenaan lebih kepada platform yang dekat dengan hati beliau untuk meneruskan perjuangan politik.

Mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk kepimpinan Pas memberi ruang kepada golongan muhajirin bertapak di dalam parti berkenaan, kerana bekas pemimpin UMNO yang menyertai Pas tidak ada yang tersenarai sebagai calon.

Masanya akan tiba iaitu ketika pilihan raya umum yang akan berlaku dalam masa terdekat atau hingga cukup penggal pemerintahan empat tahun lagi.

Annuar selaku Pengerusi Muafakat Nasional (MN) yang terlibat dalam gerakan Proklamasi Orang Melayu yang dijalankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai peranan besar untuk membantu Perikatan Nasional memenangi sebanyak mungkin kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.

Jika beliau bertanding, geraknya akan terbatas kepada kawasan terbabit sahaja kerana ia memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kepercayaan yang diberi oleh parti membuahkan hasil.

Kini beliau bebas untuk bergerak, tanpa terikat dengan jadual selaku calon. Seperkara lagi yang harus diberi perhatian ialah khidmat Annuar selaku penasihat ekonomi kepada negeri-negeri yang diperintah Pas seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ketiga-tiga negeri ini jika digembleng usaha dapat menyelesaikan banyak masalah termasuk isu air dan pertumbuhan yang perlahan.

Bahkan idea merancakkan ekonomi hingga ke negara berjiran yang disarahkan oleh Annuar adalah satu idea yang bernas perlu diberi perhatian serius.

Sudah sampai masanya kepimpinan negeri-negeri berkenaan bangkit dan melakukan sesuatu yang besar bagi mengelakkan terus diperlekeh setiap kali pilihan raya berlaku.

Bahkan kegagalan itu sering dikaitkan dengan kejumudan pemikiran para pemimpin yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, hingga menjadi fitnah kepada golongan agamawan dan agama itu sendiri. Sedangkan Islam tidak mengajar begitu.

Selaku bekas menteri yang bergiat selama sekitar 50 tahun Annuar mempunya pengalaman dan pengetahuan yang sangat luas yang boleh digunakan bagi meningkatkan pencapaian negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas.

Dengan contoh teladan pemerintahan yang lebih baik dan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan, majoriti rakyat negara ini pastinya tidak akan teragak-agak memberi kepercayaan buat pertama kali pemimpin Pas menjadi Perdana Menteri.

 

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button