Nasional

Dapat projek RM8.9 juta guna dokumen palsu, SPRM tahan pengurus syarikat

MENGGUNAKAN dokumen yang mempunyai butira palsu untuk memperoleh projek bernilai kira-kira RM8.9 juta di sebuah kementerian.

Perbuatan itu bagaimanapun telah dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut menahan seorang pengurus syarikat bergelar Datuk.

Menurut sumber, projek tersebut ialah tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

“Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengahari, hari ini.

“Bagaimanapun, suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah rakaman percakapan selesai dilakukan hari ini,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 ASPRM 2009. -SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button