Hiburan

Michael Ang pilih muka baharu nyanyi lagu untuk dramanya

KALAU hendak mempromosikan sesuatu drama atau produk, pasti kita akan gunakan seseorang yang sudah mempunyai nama sebagai satu daripada kaedah pemasaran.

Tetapi berbeza pula dengan pengarah, Michael Ang yang memilik dua nama baharu untuk menyanyikan lagu tema drama terbaharunya berjudul Perempuan Tanpa Dosa.

Menurut Michael, dia memilih Aliff Iskandar, 20, dan Syahmi Irfan, 19, kerana keyakinanya terhadap kemampuan kedua-dua penyanyi itu.

“Karya tersebut memang lagu asal ciptaan Aliff Iskandar dan kita beri Iman Imran untuk menulis lirik berdasarkan kisah tersebut. Saya gembira kerana terlibat sama dalam proses awal sehinggalah lagu ini dikeluarkan secara rasmi.

“Setidak-tidaknya saya dapat cungkil bakat baharu dengan karya-karya yang lebih segar dan baharu. Kita ada ramai orang yang hebat tetapi mereka tidak ada ruang. Kita beri mereka peluang untuk membuktikan potensi diri,” katanya.

Lagu Perit yang dinyanyikan oleh Aliff Iskandar manakala single Mungkir yang dilantunkan oleh Syahmi Irfan pula pertama kali diperdengarkan menerusi drama tersebut yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria.

Syahmi Irfan yang merupakan bekas pemain badminton negara ini tidak tampil keseorangan dalam single Mungkir sebaliknya dia turut berkolaborasi bersama Aufa Hanie yang popular dengan menyanyikan lagu cover di YouTube.

Drama Perempuan Tanpa Dosa yang menggandingkan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad itu merupakan adaptasi daripada novel dengan judul yang sama  karya Fatinilam Sari Ahmad. -SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button