Uncategorized

Hamster kini diancam kepupusan

Haiwan peliharaan iaitu Hamster dijangka boleh pupus dalam masa 30 tahun.

Itu laporan yang dikeluarkan daripada Internatioal Union For Conservation of Nature yang turut menjangkakan nasib sama bakal menimpa haiwan lemurs dan paus Atlantik Utara.

Menurut laporan Daily Star, perkara itu terjadi ekoran penurunan kadar pembiakan yang ketara hingga menyebabkan bilangan haiwan berkurangan.

“Pada abad ke-20, hamster mempunyai 20 anak pada satu masa, tetapi pada masa ini mereka hanya mempunyai lima atau enam.

“Pembangunan industri dan pencemaran cahaya dianggap sebagai beberapa sebab mengapa jumlahnya menurun,” katanya

BACA> Jangan terpedaya sindiket penipuan guna logo LHDN

Sementara itu, Dr. Mikhail Rusin yang juga penulis bagi laporan Red List IUCN berkata, walaupun langkah-langkah pemuliharaan termasuk untuk hamster dilakukan, penurunan populasi masih tetap berlaku.

“Lebih ramai penyelidik diperlukan untuk mencari punca dan kemungkinan mengapa jumlah hamster ini semakin berkurangan dan berpotensi untuk pupus,” katanya

Selain hamster, turut berada dalam keadaan bahaya ialah lemur Madagascar.

PUPUS

Satu pertiga jumlah binatng tersebut terdapat di negara kepulauan Afrika dan jumlah keseluruhannya kini sangat terancam. -SM

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button