Rencah Hidup

Serantau Muslim bawa misi besar ke Yaman

NGO Serantau Muslim akan ke bumi Yaman bagi melaksanakan misi kemanusiaan di negara bergolak itu.

Seramai lima peserta misi yang diketuai Pengerusinya, Ustaz Hakim akan mengharungi cabaran dan ujian memasuki bumi Yaman untuk menyampaikan bantuan di sana.

Turut sertai program tersebut ialah aktivis kemanusiaan, Farah Lee; Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah; Setiausaha Serantau Muslim, Muhammad Faeez; dan petugas Serantau Muslim, Haziq Shazwan.

Majlis Flag Off misi tersebut telah diadakan yang disempurnakan oleh Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd.

Antara bantuan yang akan disalurkan di sana nanti ialah bantuan kecemasan makanan dan minuman kepada 250 buah keluarga pelarian di Yaman; membaik pulih pembinaan sekolah dan rangkaian pendidikan; menyuntik dana permulaaan ekonomi untuk jana pendapatan berterusan dan membina mobil klinik untuk rawatan perubatan di kem pelarian.

Dalam misi kali ini, Serantau Muslim masih memerlukan lagi RM185,000 untuk melengkapkan misi kemanusiaan untukmuyaman.com. – SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button