Jenayah

Seludup dadah guna dron, Boy Setan diburu

PENYELUDUPAN dadah kini nampaknya sudah seiring dengan perkembangan teknologi apabila tidak lagi menggunakan khidmat penghantaran (kourier) tetapu guna dron pula.

Itu yang dilakukan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Boy Setan’ yang kini menjadi buruan polis kerana menyeludup dadah menggunakan dron ke Singapura.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Boy Setan atau nama sebenarnya Mohamad Azli Ahmad Said, 40, merupakan seorang rakyat Singapura dan turut menjadi buruan polis di sana.

“Kita percaya suspek yang masih bebas itu berada di negeri ini dimana pergerakannya kini terhad akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

“Dia datang sekali sekala untuk operasi (menghantar dadah dan kemudian masuk balik ke Singapura),” katanya.

Maklumat berkaitan Boy Setan yang kini diburu polis – Gambar Facebook Polis Johor

Menurut Ayob Khan, kes penyeludupan dadah itu bukan kali pertama apatah lagi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak melarang dron di bawah berat 20 kilogram diterbangkan.

Tambahnya, suspek dipercayai menerbangkan dron itu untuk menyeludup dadah pada waktu petang di sekitar Dataran Bandaraya, Johor.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis Singapura telah menangkap dua lelaki kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), data penerbangan yang diambil dari telefon salah seorang suspek menunjukkan dron itu diterbangkan dari Kranji, Singapura ke Johor Bahru sebelum kembali semula ke Kranji. -SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button