fbpx
Politik

DAP tak berani guna logo sendiri di PRN Sabah

DAP tidak berani menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini apabila memutuskan untuk menggunakan lambang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Langkah ini menunjukkan DAP masih tidak yakin dengan jenama sendiri di Sabah disebabkan takut ditolak oleh pengundi Sabah.

Bagi mewajarkan keputusan itu, Pemangku Pengerusi DAP Negeri, Datuk Frankie Poon memberi alasan keputusan itu adalah untuk melambangkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan parti gabungan Warisan Plus.

“Walaupun kami agak sedih untuk tidak menggunakan lambang parti iaitu roket dan sebaliknya menggunakan lambang Warisan tetapi ini adalah tindakan yang betul,”  katanya dalam kenyataan, di Kota Kinabalu.

Frankie berkata, DAP secara sepakat memutuskan untuk menerima cadangan Presiden Warisan, Datuk seri Mohd Shafie Apdal untuk menggunakan logo yang sama.


DAP akan bertanding di bawah pakatan Warisan Plus yang terdiri daripada Parti Warisan Sabah, PKR, DAP, Amanah dan  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

PRN Sabah akan menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 13 kerusi baharu dipertandingkan dengan hari penamaan calon, Sabtu ini.

Sementara itu, semua parti yang akan bertanding di PRN itu masih belum mencapai kata sepakat berhubung agihan kerusi apabila baru hari ini masing-masing akan mengumumkan calon.

Pada masa difahamkan Shafie mula ‘pening’ kepala dengan PKR apabila menuntut lebih banyak kerusi daripada apa yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sebelum ini dipersetujun hanya lapan kerusi untuk PKT, tapi kini mereka dikatakan menuntut sehingga 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button