Jenayah

Fitnah polis: Pemandu van komersial langgar lampu isyarat merah disiasat

POLIS siasat kes berhubung fitnah yang dilakukan oleh seorang pemandu van komersial berkaitan pemberian saman melanggar lampu isyarat.

Ini susulan tindakan pemandu van terbabit memuat naik gambar beserta tohmahan yang dilemparkan terhadap anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Kuala Selangor yang mengeluarkan saman itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt. Ramli Kasa berkata, perkara itu dikesan pihaknya pada kira-kira pukul 9.20 malam kelmarin ke atas satu kiriman (posting) di laman sosial Instagram.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan mendapati saman itu dikeluarkan semasa pasukan penguatkuasaan trafik menjalankan snapcheck pada kira-kira pukul 6.20 petang, Jumaat lalu selepas menahan sebuah van komersial di Kilometer 24, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur yang telah melanggar lampu isyarat merah di kawasan terbabit.

Justeru kes tohmahan itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PDRM khususnya IPD Kuala Selangor menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angina dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti PDRM.

Terdahulu tular posting di media sosial seorang pemandu van yang mengatakan dirinya tidak bersalah selepas disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah.

Berdasarkan posting tersebut, pemandu itu telah menunjukkan lesen memandu yang sah kepada salah seorang anggota polis dan tiada sebarang kesalahan lain dilakukan.

Apabila disoal kesalahannya, anggota polis berkenaan menghampiri dan memeriksa van dan kesemuanya dalam keadaan baik namun pemandunya telah melanggar lampu isyarat merah.

Pemandu van tersebut menegaskan, tidak perlu menghulur duit poket kepada anggota polis sambil meletakkan nama anggota berkenaan dan nombor siri atau nombor badan anggota tersebut.

“Apabila saya tidak ingin membuat settlement, pegawai tersebut hanya menjawab, selepas ini bincang di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan,” kata pemandu van berkenaan di posting tersebut. – SM

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button