Politik

DAP letak satu calon Melayu, satu India, 6 Cina di PRN Melaka

PARTI pelbagai kaum DAP meletakkan satu calon Melayu dan satu calon India daripada lapan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka.

Dalam pengumumannya, baki lagi enam calon pula diisi daripada keturunan Cina.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata calon Melayu tersebut merupakan muka baharu iaitu Muhammad Danish Zainudin, 25. Beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Muhammad Danish mengantikan Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 namun kemudiannya mengkhianati DAP dengan menyokong Perikatan Nasional pada awal 2020.

Manakala calon India, G Saminathan kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri Gadek.


Bagi calon Cina pula seorang muka baharu ditampilkan iaitu Leng Chau Yen, 37, yang akan bertanding di DUN Bandar Hilir.

“Semua lapan calon itu akan bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media majlis pengumuman calon parti itu secara maya di Facebook DAP Malaysia.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Ketika ini PH mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (tujuh), masing-masing dua AMANAH dan PKR serta Barisan Nasional (BN) sebanyak 12 kerusi dan satu kerusi oleh Perikatan Nasional (PN).

Berikut calon DAP pada PRN Melaka

1. G Saminathan – DUN Gadek

2. Muhamad Danish Zainudin (calon baharu) – DUN Pengkalan Batu

3. Kerk Chee Yee – DUN Ayer Keroh

4. Allex Seah Shoo Chin – DUN Kesidang

5. Damian Yeo Shen Li – DUN Duyong

6. Leng Chau Yen (calon baharu) – DUN Bandar Hilir

7. Tey Kok Kiew – DUN Bemban

8. Low Chee Leong – DUN Kota Laksamana.-SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button