Politik

DAP lancar kempen derma RM10 untuk wang jaminan Guan Eng

DAP melancarkan kempen kutipan dana selama seminggu untuk membayar wang jawinan yang dikenakan terhadap Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Dalam media sosial rasmi parti itu, mereka meminta rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersolidariti dengan Guan Eng dengan menyumbang RM10 kepada dana berkenaan.

Parti itu percaya, rakyat Malaysia akan berdiri kukuh memperjuangkan kebenaran untuk memastikan keadilan berlaku.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengarahkan Guan Eng untuk membayar wang ikat jamian sebanyak RM1 juta ringgit dengan dua orang penjamin.

“Kami telah membayar RM500,000 dengan dana yang dipinjam dari penyokong dan perlu membayar RM500,000 lagi kepada Mahkamah pada hari Isnin. Lim menghadapi 2 tuduhan lagi dari SPRM pada hari Isnin dan Selasa minggu depan.

“Bersama-sama kita memerangi penganiayaan politik terhadap Lim Guan Eng. Ini bukan pertama kalinya, Lim Guan Eng harus melawan tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang berkuasa di mahkamah,” katanya.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berhadapan dengan pertuduhan atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi membenarkan Lim, 60, membayar jaminan RM500,000 semalam manakala bakinya hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, Lim, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd. Guan Eng juga akan berhadapan dengan dua lagi pertuduhan pada Isnin dan Selasa depan.-SM

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button