Politik

Perhimpunan Agung Bersatu pada 27 September

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan berlansung pada 27 September manakala Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi pula adalah pada 26 September.’

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Mesyuarat Malis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam juga telah menetapkan takwim baharu kepada urusan persidangan cawangan  dan bahagian  yang ditanguhkan akibat penularan wabak Covid-19.

Bagi cawangan-cawangan yang belum bersidang, persidangan cawangan akan bersambung semula dari 10 Julai sehingga 26 Julai.

Manakala bagi peringkat bahagian tarikh baharu persidangan adalah pada 22 Ogos. Persidangan Armada bahagian pula akan berlansung pada 15 Ogos dan persidangan Srikandi bahagian pula dijadualkan pada 16 Ogos.

“Bagi pihak pimpinan tertinggi parti, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli Bersatu di seluruh negara. Semoga persidangan dan perhimpunan yang dijadualkan berlansung dengan lancar serta mendapat keberkatan daripada Allah,” kata Hamzah dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button