Politik

DAP akan keluar PH jika UEC tidak diiktiraf, kata Kor Ming

DAP akan keluar dari Pakatan Harapan jika kerajaan enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Timbalan Ketua Setiausaha DAP Nga Kor Ming berkata, parti itu telah mencapai persetujuan bahawa DAP akan menarik diri daripada kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

“Tidak mengapa jika kita tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan pemerintah. Inilah prinsip yang akan kita janjikan,”kata Kor Ming dalam satu rakaman temubual dengan portal berbahasa Cina, Oriental Daily.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, DAP tidak berdiam diri selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan dan mereka berani untuk bersuara dan kini mempunyai saluran dalam kerajaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Kor Ming melahirkan rasa kesal bahawa prestasi DAP dan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan tidak diiktiraf atau tidak dipuji oleh orang ramai.

“Kita mungkin telah menyelesaikan 70 peratus tugasan kita, tetapi rakyat hanya melihat 30 peratus sahaja. 70 peratus yang berjaya dicapai tidak mendapat pengiktirafan,” kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu,

Pakatan Harapan khususnya DAP telah dikritik oleh masyarakat Cina kerana mengambil masa terlalu lama untuk kerajaan mengiktiraf UEC seperti yang dinyatakan dalam manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum 2018.

UEC merupakan Sijil Peperiksaan Bersama yang diwujudkan oleh Dong Jio Zong atau Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975 dan digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia.

Silibus atau mata pelajaran UEC didakwa berasal sepenuhnya dari Taiwan dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Terdapat tiga tahap dalam UEC iaitu vokasional (UEC-V), junior (UEC-JML/JUEC) dan senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML.

BACA ARTIKEL: DAP tinggalkan PH: Kor Ming dakwa laporan Malaysiakini tidak tepat

Pakatan Harapan pada PRU-14 melalui manifesto PRU-14 Janji 50: Mengembalikan Wibawa University Awam dan Pengajian Tinggi, mahu mengiktiraf UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki isntitusi-institusi pengajian tinggi awam dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajran Bahasa Melayu peringkat SPM.

Pada 2 Januari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau akan kehilangan kepercayaan pengundi jika kerajaan tidak dapat mengotakan janji dalam manifesto untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

BACA ARTIKEL: UEC: Kor Ming didesak tarik balik ugutan terhadap kerajaan

Nie Ching berkata, keadaan itu juga bermakna beliau boleh “henti bekerja dan balik ke rumah” jika UEC tidak diiktiraf.

Nie Ching juga meminta diberi lebih banyak masa selain memohon kesabaran orang ramai dalam soal itu terutamanya kerana pengendalian isu iu tidak menepati jangkaan pihak berkenaan.

Beliau dipetik Nanyang Siang Pau sebagai berkata demikian dalam satu sesi dialog mengenai Bajet 2020 anjuran DAP cawangan Selayang Jaya.-SM

(Visited 975 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button