Politik

Menang, kalah UMNO tetap desak pilihan raya umum awal

UMNO tetap akan mendesak untuk diadakan pilihan raya umum segera, tidak kira menang atau kalah di Johor.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, desakan itu dibuat kerana negara memerlukan kestabilan politik segera.

Menurut beliau pada masa ini pelabur ramai meninggalkan Malaysia kerana bimbang dengan situasi politik semasa.

Oleh itu beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menimbangkan cadangan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan segera.

Walaupun keputusan itu terletak dalam bidang kuasa perdana menteri, tetapi sebagai pemimpin UMNO beliau perlu memberi perhatian serius.

Beliau berkata Ismail Sabri sepatutnya menyembahkan hasrat pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button