MahkamahNasional

Perbicaraan Tan Sri Shafee terlibat kes pengubahan wang haram RM9.5 juta ditangguh

Saksi utama sakit

PERBICARAAN kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta membabitkan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terpaksa ditangguhkan kerana saksi utama tidak hadir.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz  memaklumkan, saksi tersebut iaitu bekas pegawai cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad, sedang sakit.

“Kami berharap pemeriksaan balas Syed Nasrul dapat disambung esok sebelum kami memanggil saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” kata Afzainizam.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee berkata, pihak pembelaan mahu menamatkan pemeriksaan balasnya terhadap Syed Nasrul terlebih dahulu.

“Pemeriksaan balas kami terhadap IO (pegawai penyiasat) akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Shafee dibicarakan atas empat tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM9.5 juta yang dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pihak pendakwaan berhujah, Shafee menyembunyikan RM9.5 juta dari LHDN. Wang itu sebagai bayaran “yuran guaman” yang diterima daripada Najib.

Harvinderjit berkata, wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Shafee, bukan akaun firma guamannya.

Pihak pendakwaan juga berkata, Shafee menceritakan versi-versi yang tidak konsisten mengenai sebab pembayaran yang menjadi pertikaian.

“Dalam kenyataannya kepada SPRM pada 28 Julai 2017 lalu, tertuduh berkata, RM9.5 juta itu adalah yuran guamannya,” kata pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, pada 11 September 2018, Shafee memberitahu SPRM, beliau dan Najib bersetuju agar wang itu menjadi pinjaman sementara menunggu rasionalisasi yuran yang telah dibayar kepadanya, kata pihak pendakwaan lagi.

Kes dibicarakan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin. – SM

 

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button