Politik

UMNO tarik sokongan terhadap kerajaan, apa seterusnya?

SELEPAS UMNO melalui presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), pelbagai persoalan timbul.

Antaranya apakah kerajaan hari ini tumbang? Kerajaan hari ini tidak akan tumbang dengan surat yang ditandangani oleh ahli-ahli parlimen yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah.

Siapa perdana menteri baharu? Selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletakkan jawatan, perdana menteri tidak boleh dilantik.

Langkah Sheraton tempoh hari yang membolehkan Muhyiddin menjadi perdana menteri, setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Apakah kerajaan masih berfungsi? Kerajaan masih berfungsi walaupun dalam keadaan sokongan minoriti, selagi Dewan Rakyat tidak bersidang dan undi tidak percaya diusulkan dan dibuktikan kerajaan yang ada hari ini sudah hilang sokongan.

Yang di-Pertuan Agong akan panggil para pemimpin parti? Ya, sudah pasti Yang di-Pertuan Agong perlu memanggil sekali lagi ketua-ketua parti dengan perkembangan terbaharu ini.

Apakah benar kerajaan hilang majoriti? Persoalan ini sukar dijawab kerana hanya 12 ahli parlimen UMNO yang menarik sokongan. Ini bermakna UMNO menjadi pembangkang. Di dalam pembangkang ada pelbagai blok. UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang.

Blok Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tidak dapat menerima pemimpin yang mempunyai kes mahkamah seperti Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Banyak lagi persoalan dan ia akan menjadi semakin rumit setiap hari kerana telah menjadi krisis politik.

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button