Luar Negara

Kantoi cuba masuk Singapura ikut landasan kereta api, lelaki Bangladesh ditahan

Seorang lelaki yang berjalan di sepanjang landasan kereta api di Tambak Johor menuju ke Singapura ditahan baru-baru ini kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen, lapor Straits Times.

Dalam catatan Facebook semalam, Imigresen dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berkata, lelaki itu yang dikenal pasti sebagai warga Bangladesh dikesan melakukan perjalanan pada 9 Mac lalu.

Pegawai dari Pusat Pemeriksaan Woodlands memintasnya sebelum dia boleh menimbulkan risiko kepada operasi kereta api dan lelaki itu ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri asal atau dokumen perjalanan, dalam simpanannya.

Memetik Akta Imigresen yang membawa hukuman denda sehingga 1,000 dolar Singapura dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

ICA berkata, pihaknya mengambil serius isu percubaan memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram.
Pada 2022, 414 pesalah imigresen ditahan, meningkat daripada 355 pada 2021.

Daripada 414 pesalah imigresen, 57 adalah pendatang tanpa izin, manakala baki 357 adalah individu yang ditangkap tinggal melebihi masa di Singapura. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button