Nasional

KWSP mohon maaf pesakit kanser diusung dapatkan bantuan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli keluarga wanita pesakit kanser yang terpaksa diusung ke pejabat KWSP untuk dapatkan pengesahan bantuan.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah  menghubungi dan berjumpa dengan pesakit dan keluarganya untuk memahami situasi dengan lebih lanjut.

“Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.

“KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya,” kata kenyataan tersebut.

KWSP menegaskan pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Sejak semalam tular di media sosial satu hantaran oleh pengguna Facebook bernama Nur Sheila Abdullah yang kesal dengan sikap kakitangan KWSP Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang sakit kronik akibat kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Kakaknya terpaksa diusung masuk ke dalam pejabat KWSP semata-mata untuk membuat permohonan dan pengesahan diri bagi mengeluarkan simpanan dalam  akaun 1 berjumlah tidak sampai RM10,000 untuk tujuan rawatan.

Menurut Nur Sheila, mereka terpaksa berbuat demikian selepas diberitahu oleh pegawai berkenaan bahawa pencarum mesti hadirkan diri di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.-SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button