Ekonomi

‘’Alasan saya tutup identiti tidak mahu ada perasaan riak’’- AZ Pemurah

TERKENAL di Tiktok dengan memberi bantuan kepada golongan orang susah dan gelandagan, individu yang lebih dikenali sebagai AZ Pemurah kekal memakai ‘face mask’ meskipun di acara pelancaran jenama tudungnya baru-baru ini.

Menurutnya, tetap tidak mahu mendedahkan identiti kerana risau akan ada perasaan riak pada dirinya dan lebih kepada mahu menjaga hati.

AZ bersama suaminya dalam pelancaran tudung jenama DOA AZ

‘’Alasan saya tutup identiti ini tidak mahu ada perasaan riak dan tidak mahu terlalu ‘show off’, jika boleh acara pelancaran tudung ini pun saya tidak mahu hadir tetapi sudah pengasaskan jadi terpaksalah hadir.

‘’Lagi satu lebih menjaga hati, jika kita berniat baik Allah pasti membantu kita, saya tidak kisah orang padang negatif pada kita, saya bersedekah pun orang hentam saya kerana saya buat video.

Tambahanya lagi, dia melakukan video tersebut untuk content yang baik dan ditujukan kepada orang-orang kaya di Malaysia supaya melakukan perkara yang baik seperti sedekah.

‘’Saya buat vedio untuk content sebab dalam Malaysia ni terlalu ramai orang kaya pasal apa mereka tidak buat benda-benda itu, kita nak mereka buat bend itu (beri sedekah), itu sahaja niat lain nak menunjuk ke tiada.

‘’Kita mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk membantu, ramai yang gelandagan ada yang datang dari jauh untuk makan sepinggan nasi sahaja dan beras, sebab itu saya bercampur banyak dengan orang susah’’, Jelasnya semasa pelacaran rasmi jenama tudungnya iaitu DOA AZdi Kuala Lumpur.

Dengan pembelian koleksi terbaru dari DOA AZ ini yang diberi nama Gempak Raya ini akan disumbangkan sebanyak 30 peratus kepada golongan yang memerlukan.

Koleksi tudung DOA AZ menampilkan nama menu raya

Kerjasama AZ Pemurah dengan perancang fesyen berjaya sebelum ini telah menghasilkanlebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ.

Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan ini dihasilkan dari material premiumcottonvoile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi.

Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti.

Koleksi bawal raya dari DOA AZ

Selesa, mudah di gosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cmx115cmbertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaannya dihidang pada Aidilfitri nanti, antaranya dendeng, laksa,satay, Rendang, nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong dan banyak lagi.

Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan produk tudung di bawah jenama DOA AZ.

Tujuan utama DOA AZ ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan, DOA AZ PERJUANGAN UNTUK SEMUA. DOA AZ juga menerapkan kepada semua para Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung.

Artikle Berkaitan :>

Tidak mahu takbur dan riak, pempengaruh ini sorok identiti bantu golongan susah

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button