MahkamahNasional

Dakwaan Anwar dapat gaji RM15 juta sebahagian ceramah pilihan raya-Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya tersinggung dengan kritikan dan persoalan yang dikemukakan terhadapnya dalam ceramah politik.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sebagai ketua menerajui Kerajaan Perpaduan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan perdana menteri hari ini, Anwar
sepatutnya secara terbuka dan berlapang dada menjawab persoalan dikemukakan dan menafikan sebarang dakwaan yang dikatakan palsu.

“Mengambil kira kedua-duanya (Muhyiddin dan Anwar) merupakan tokoh dan pemimpin dalam parti masing-masing, sudah pasti mereka kerap berdepan dakwaan yang mana disalahtafsir, salah petik atau dipetik di luar konteks oleh media,” katanya dalam pernyataan pembelaan menjawab saman difailkan Anwar terhadapnya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, kenyataan itu dibuat sebagai sebahagian daripada ceramah pilihan raya dan merupakan acara terlindung. Ia tidak dirancang untuk menjejaskan plaintif.

Bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin berhubung dakwaannya pada pilihan raya Parlimen Padang Serai, Anwar menerima RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor ketika menjadi penasihat ekonomi.

Anwar juga memohon injuksi terhadap Muhyiddin daripada mengulang semula, menulis, menerbit atau mengedarkan apa yang didakwa fitnah itu dalam bentuk perkataan, atau perkataan yang mempunyai kesan sama atau serupa.

Sambil menyatakan pembelaan kelayakan istimewa dan ulasan adil, Muhyiddin menafikan apa yang dikatakan kata-kata fitnah atau libel adalah fitnah sambil menambah, ia mengandungi luahan pendapat yang mana dianggap ulasan adil berhubung perkara berkepentingan awam.

Katanya, beliau disediakan maklumat bahawa Anwar dibayar RM15 juta oleh pegawai tidak dinamakan dalam Kerajaan Selangor.

“Berdasarkan perkara itu dan dakwaan plaintif (Anwar) menolak gaji sebagai perdana menteri, ia adalah ulasan adil mengenai perkara berkaitan kepentingan awam yang menyentuh sama sekali kempen politik dijanjikan plaintif,” kata Muhyiddin dalam pernyataan pembelaan difailkan pada Selasa, yang dilihat oleh FMT.

Muhyiddin berkata, sebagai ahli politik dan pengerusi Perikatan Nasional, hubungan sedia ada dan terjalin antara dirinya dengan pengundi di kawasan Padang Serai.

Justeru Muhyiddin berkata, beliau mempunyai tanggungjawab absah menyediakan maklumat kepada ahli parti dan pengundi menyatakan pandangannya terhadap kelayakan mereka yang memegang jawatan awam.

“Ahli Parti dan pengundi mempunyai kepentingan sosial dan moral sepadan dalam menerima maklumat dan pandangan terbabit.

“Dalam keadaan itu, defendan mempunyai kewajipan dan/atau kepentingan sah untuk menyampaikan kata-kata yang dikatakan fitnah itu kepada mereka.

“Demi kebajikan masyarakat, perlu ada pertukaran maklumat dan pendapat secara terus terang bagi mereka yang memegang jawatan awam dan menyekat perkara itu seperti melanggar kebebasan bersuara mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button