Nasional

Dakwaan anggota polis tidak kuarantin selepas balik dari Sabah tidak benar

POLIS menafikan kenyataan tular berkaitan seorang anggotanya yang bercuti di Sabah dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil semakan mendapati anggota dari Balai Polis Bukit Puchong itu memang bercuti di Semporna, Sabah pada 9 September lalu.

“Anggota itu telah mematuhi arahan kuarantin bermula 27 September lalu.

“Kenyataan tular yang memberitahu bahawa anggota tersebut tidak menjalani kuarantin dan pergi ke pusat beli belah adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arjunaidi, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan berita tersebut yang bercanggah dengan fakta asal sekaligus mencetuskan kegusaran banyak pihak.

Sebelum ini, tular di laman sosial yang menyatakan anggota polis itu tidak menjalani kuarantin dan terus bekerja selepas pulang daripada melancong di Sabah.

Malah, anggota polis itu juga didakwa telah pergi ke sebuah pusat beli belah dan tidak menjalani ujian saringan awal Covid-19. -SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button