Luar Negara

Ayam import dari Brazil didakwa positif Covid-19

CHINA mendakwa ayam yang diimport dari Brazil oleh sebuah syarikat didapati mengandungi Koronavirus (Covid-19) selepas melalui ujian saringan rutin.

Virus tersebut dikesan pada produk kepak ayam yang diimport sebagai bekalan di wilayah Shenzen.

Keadaan itu mencetuskan kembimbangan kerajaan China terhadap pencemaran pada makanan lain yang dihantar berisiko mencetuskan penularan baharu.

Pihak berkuasanya sebelum ini melakukan ujian terhadap sampel makanan seperti daging dan makanan laut sejak bulan Jun lalu.

Pemeriksaan itu susulan penularan Covid-19 di sebuah pasar borong Xinfadi.

BACA > Gambar KJ: Netizen tempelak FB penyokong Tun Mahathir – Suara Merdeka

Pihak berkuasa di Shenzen mendapati ayam dari Brazil yang mengandungi virus tersebut diproses oleh syarikat Aurora.

Syarikat tersebut merupakan ketiga terbesar di China sebagai pemproses makanan berasaskan ayam dan khinzir.

Bagaimanapun, Aurora ketika dihubungi pihak berkuasa China tidak memberikan maklum balas segera mengenai perkara itu.

Memetik laporan Channel News Asia, kerajaan China menghubungi Kementerian Pertanian Brazil bagi mendapatkan maklum balas.

Namun, hanya kenyataan ringkas diberikan pihak kementerian tersebut yang mennyatakan akan berhubung dengan pasuka teknikalnya.

Oleh demikian, pihak berkuasa kesihatan Shenzen mengambil tindakan menyaring setiap pengguna yang membeli produk daripada syarikat Aurora itu.

BACA > ‘Makcik gelang pink’ didakwa di mahkamah esok – Suara Merdeka

Bagaimanapun, hasil ujian saringan tersebut negatif.

Namun, Ibu Pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Epidemik, Shenzen menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko jangkitan Covid-19 daripada makanan sejuk beku yang diimport.

Ini susulan tindakan pemeriksaan yang dilakukan sejak beberapa bulan kebelakangan terhadap semua makanan berasaskan daging import yang masuk ke China termasuk dari Brazil.

Terdahulu, Covid-19 mula tersebar dipercayai berpunca daripada sebuah pasar makanan laut di Huanan, Wuhan.

Kajian awal juga mendapati virus tersebut dikatakan berasal daripada produk daging haiwan yang dijual di pasar berkenaan.

Ketua makmal mikrobiologi Pusat Penilaian Risiko Keselamatan Makanan Kebangsaan China pada Jun lalu memaklumkan jangkitan Covid-19 daripada makanan beku tidak boleh dipandang mudah.

Ini kerana menurutnya, virus tersebut dipercayai boleh hidup selama dua tahun pada suhu negatif 20 darjah Celsius.

BACA > Polis tahan suami isteri keluar kawasan TEMCO di Padang Terap – Suara Merdeka

Namun para saintis di sana menyatakan tiada bukti kukuh menjelaskan bagaimana Covid-19 boleh tersebar pada makanan beku. – SM

 

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button