Nasional

Pelajar sekolah menengah antara lima ditahan dalam rampasan dadah RM1.4 juta

SELAIN berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 42,2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juga, polis turut menahan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bersama empata lagi suspek lain termasuk tiga lelaki dan seirang wanita.
Ia hasil serbuan sebuah hotel di bandar raya Kuching Khamis lalu.
Memetik laporan BERNAMA, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kelima-lima suspek berumur 17 hingga 22 tahun yang berasal dari Kuching itu ditahan dalam serbuan di sekitar sini dan Bintawa pada hari berkenaan.
Beliau berkata dadah yang diseludup masuk ke sini sebagai bungkusan teh cina itu dipercayai diperoleh daripada rakan mereka di Semenanjung Malaysia, dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Aruz dianggarkan bernilai RM50,000 daripada kumpulan itu.
“Dadah ini dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan. Dadah ini adalah untuk pasaran di Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.
Menurutnya salah seorang suspek yang ditangkap mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta satu rekod di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – SM
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button