Nasionalpilihan

Rasuah lebih RM16 juta, Pengerusi Koperasi bergelar Datuk ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk hari ini untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang esok atas kesalahan menerima wang rasuah dan barangan berharga yang dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.

Menurut sumber, beliau didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Jelas sumber, beliau akan berhadapan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUAA 2001).

Difahamkan, penahanan Datuk itu adalah berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Ogos tahun lalu.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai depan. -SM

(Visited 648 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button