pilihanPolitik

Dahulu surat akujanji ini pernah dinafikan namun apakah sekarang ia benar?

Beberapa minggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), netizen pernah dikejutkan dengan satu surat akujanji yang memaksa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mencalon dan menyokong Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

Namun demikian Zahid menafikan calon parti komponen itu bagi PRU15 perlu menandatangani surat aku janji dan ayat yang dilontarkan kepada media cukup jelas.

Zahid berkata, dalam usaha BN berusaha menyebarkan kebenaran, terdapat pihak yang gigih menularkan surat aku janji palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon UMNO.

Menurutnya, lawan BN dilihat berterusan menabur fitnah sebagai bahan kempen namun hari ini, tindakan Zahid yang mengugut ahli Parlimen BN menerusi surat akujanji kembali menjadi persoalan.

Apakah surat akujanji yang tersebar sebelum ini sememangnya benar dan apakah Zahid telah membuat perancangan awal untuk mendapatkan kedudukan sebagai Perdana Menteri?

Kesemua ahli Majlis Tertinggi UMNO / BN perlu bersidang untuk selesaikan masalah ini kerana bukan hanya ahli Parlimen BN hilang kepercayaan kepada Zahid, taat setia akar umbi juga rasa semakin dikhianati!

(Visited 639 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button