Jenayah

Ahli perniagaan rangkaian klinik dibunuh, mayat dimasukkan ke dalam bagasi

Seorang lelaki tempatan yang merupakan ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an ditemukan mati di Hulu Langat, Khamis lalu.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tangannya terikat dan dimasukkan ke dalam sebuah bagasi.

Beg tersebut dicampak di cerun bukit pada ketinggian 27 meter di Hulu Langat.

Mayat mangsa ditemukan di cerun bukit
Mayat mangsa ditemukan di cerun bukit

Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan jerut di leher mangsa yang mana pengikat kabel digunakan untuk menjerut leher mangsa yang lengkap berpakaian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, penemuan mangsa susulan tangkapan ke atas beberapa suspek selepas rakan serumah mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada 26 April lalu.

Hussein berkata, mangsa sempat meminta rakannya itu memindahkan duit milik mangsa ke satu akuan syarikat yang tidak kenali.

“Kira-kira pukul 6 petang (26 April), Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada pengadu (rakan serumah mangsa) kehilanan seorang lelaki berusia 36 tahun.

“Pengadu memberitahu, mangsa merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian klinik kesihatan persendirian.

“Mangsa dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan selepas bertemu dengan seorang rakan perniagaan pada pukul 11 pagi, hari yang sama, di Semenyih.

“Menurut laporan pengadu, sebelum kehilangan rakannya itu, mangsa ada menghantar satu pesanan ringkas melalui telefon bimbitnya dan meminta pengadu memasukkan wang mangsa ke dalam satu akaun syarikat yang tidak dikenali berjumlah RM228,000.

“Bagaimanapun pengadu yang curiga tidak memasukkan wang berkenaan sebagaimana diarahkan,” kata Hussein.

Tambah Hussein lagi, sejurus selepas itu, telefon bimbit mangsa gagal dihubungi.

Keluarga mangsa juga curiga dan bimbang tentang keselamatannya, katanya.
Polis bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

“Susulan itu, pada pukul 4 petang 27 April lalu, polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 22 hingga 40 tahun, sekitar Kajang dan Ampang.

“Suspek membawa polis ke lokasi penemuan mayat mangsa dan merampas beberapa barangan berkaitan kejadian seperti lima telefon bimbit termasuk milik mangsa, sebuah Perodua Axia milik suspek yang ditangkap,” jelas Hussein.

Kes yang pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan, diklasifikasikan semula kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati motif kejadian adalah suspek mahu mendapatkan wang perniagaan milik mangsa bagi tujuan perundangan.

“Suspek utama (seorang kontraktor) mengakui terdesak kerana ada masalah kewangan lalu mendapat idea melakukan pemerasan. Bagaimanapun hanya RM20,000 sahaja wang yang dipindahkan oleh mangsa,” katanya.

Hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa disebabkan kecederaan jerutan di leher menyebabkan saluran pernafasan tersekat.

Siasatan juga mendapati, pembunuhan itu juga sudah dirancang berdasarkan persiapan yang dibuat oleh suspek. – SM

Artikel berkaitan :>

Pasangan warga China mati dibunuh di bilik hotel di Bali

(Visited 723 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button