
Dah 45 Tahun? Sertai Kelab Istimewa Watsons Ini
Watsons Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam memperjuangkan kesejahteraan menyeluruh menerusi pelancaran rasmi Watsons 45+ Club, sebuah inisiatif istimewa yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, kecantikan dan gaya hidup eksklusif kepada individu berusia 45 tahun ke atas.
Langkah ini dilihat menyokong agenda negara dalam mempromosikan penuaan aktif dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, selari dengan status Malaysia yang kini secara rasmi merupakan negara menua. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan 15.3% rakyat Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030, manakala golongan 65 tahun ke atas dijangka meningkat kepada 14.5% menjelang 2040.
Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Kesihatan & Kecantikan Asia bagi AS Watson Group, usia 45 tahun bukanlah penamat, sebaliknya satu permulaan baharu dalam fasa kehidupan yang lebih berkuasa.
“Watsons berbangga menjadi rakan kesihatan dan kesejahteraan kepada komuniti ini melalui Kelab Ahli 45+. Kami mahu mereka kekal cergas, anggun dan hebat setiap hari,” ujar beliau semasa majlis pelancaran.
Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh Watsons 45+ Club termasuk:
-
Pek alu-aluan bernilai RM130
-
Diskaun 5% untuk pelbagai vitamin dan suplemen
-
Dua pemeriksaan kesihatan percuma setiap tahun
-
Promosi kesihatan bulanan melalui komuniti WhatsApp Watsons
-
Program e-stem untuk ganjaran eksklusif
-
Akses kepada tawaran khas rakan kongsi
-
Bengkel dan acara kesejahteraan eksklusif
Menurut Danny Hoh, COO Watsons Malaysia, keahlian akan dinaik taraf secara automatik kepada Watsons 45+ Club pada bulan hari lahir pelanggan yang telah mencapai umur 45 tahun.
Sebagai simbol pelancaran, Watsons menganjurkan aktiviti sukan Pickleball yang menyeronokkan, selain pemeriksaan kesihatan percuma dan sesi perkongsian ilmu mengenai penuaan sihat dan penjagaan diri.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada misi jangka panjang Watsons Malaysia untuk menjadi destinasi kesihatan dan kecantikan yang dipercayai seluruh rakyat Malaysia, bukan sekadar menawarkan produk, tetapi menyokong gaya hidup yang seimbang dan bertenaga.
Mereka yang berumur 45 tahun ke atas dipelawa untuk menyertai kelab ini dan memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang lebih sihat, aktif dan yakin. Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan Watsons terdekat atau layari www.watsons.com.my.