Nasional

Perlu daftar MySejahtera atau tidak? Ini SOP sebenar di stesen minyak

SEMALAM, terdapat laporan yang mendakwa seorang lelaki dikenakan kompuan kerana tidak mendaftar MySejahtera ketika mengisi minyak.

Perkara itu menimbulkan kekeliruan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak kerana ada yang berpendapat bahawa sekadar mengisi minyak sahaja tidak perlu untuk mendaftar MySejahtera.

Hari ini, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerangkan secara terperinci berkenaan SOP ketika berada di stesen minyak.

Berikut Suara Merdeka pecahkan jenis-jenis individu yang perlu mendaftar MySejahtera dan tidak seperti yang dimaklumkan Ismail Sabri dalam sidang akhbar harian hari ini.

Individu yang perlu mendaftar MySejahtera
  • Individu yang melakukan pembayaran atau transaksi di dalam kedai stesen minyak sama ada membayar petrol/diesel, membeli barangan atau mengeluarkan wang.
  • Individu yang menggunakan tandas, surau atau kemudahan lain di stesen minyak.
  • Individu yang menghantar kereta ke bengkel baiki kenderaan di stesen minyak.
  • Individu yang mencuci kereta secara manual di stesen minyak.
Individu yang tidak perlu daftar MySejahtera
  • Individu yang mengisi minyak dan membayar menggunakan transaksi kad kredit, debit atau aplikasi.
  • Individu yang membuat pembayaran duit minyak menggunakan tingkap kaunter dan tidak masuk ke dalam premis.
  • Individu yang singgah di stesen minyak untuk mengisi angin tayar kenderaan.
  • Individu yang menggunakan khidmat cuci kereta automatik dan tidak keluar daripada kenderaan untuk membayar. -SM
(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button