Nasional

Siasatan kes dadah: Syed Saddiq gantung pegawai

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada polis selepas dimaklumkan berkenaan penahanan pegawai kementeriannya awal pagi tadi.

Syed Saddiq menegaskan beliau akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip ‘Kedaulatan Undang-undang’,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti yang dilaporkan FMT.

Tular di media sosial hari ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Penahanan berlaku di sebuah kondominium di Jalan Puchong dan mereka berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita.

Berita Harian melaporkan, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” kata laporan tersebut.-SM

 

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button