Politik

Cyber-trooper Najib balun Penganalisa Politik

Tak kan koyak kena kritik dengan Tok Pol

TAK semena-mena Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk badan bebas dan portal berita, Datuk Saiful Baha Arshad diserang dan dituduh sebagai Pegawai Khas kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Saiful menafikan beliau menyandang jawatan itu dengan berkata, “bila pula saya dilantik menjadi Pegawai Khas  kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid?”

Semalam tengah panas, cyber-trooper bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggasak dan balun Saiful.

Nak kata Saiful sebagai Setiausaha Politik Tok Det, memanglah tidak kerana hakikatnya atau realitinya, beliau bukan apa-apa dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu.

Rekod perkhidmatan Saiful Baha, beliau pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Perladangan dan Komoditi (2016-2018) dan pernah berkhidmat di lapan kementerian sepanjang 18 tahun berada di Putrajaya.

Walaupun Saiful atau mesra dengan panggilan Tok Pol dalam kalangan mereka yang mengenali beliau termasuk wartawan, beliau pernah bertugas dengan tiga Menteri dan seorang Timbalan Menteri.

Dalam rekod tugas-tugas atau perkhidmatan yang pernah disandang oleh Tok Pol, tiada pula beliau menjadi Pegawai Khas Tok Det.

Tok Pol ialah seorang penganalisa politik dan kalau apa yang dikalamkan oleh beliau itu menyentuh mana-mana figura atau ahli politik, terimalah dengan berlapang dada.

Tidak perlu koyak kerana kata Tok Pol, beliau bukan Lokman Adam!

“Buat apalah cyber-trooper Datuk Seri Najib nak serang saya? Kalau tidak, saya akan balun lagi kuat selepas ini.

“Saya tulis berdasarkan fakta dan feedback (maklumbalas) dari Mahkamah. Mana ada saya balun?

“Lainlah Lokman Adam, hari-hari balun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” kata Tok Pol memberi pencerahan.

Beliau berkata, “saya berharap Datuk Seri Mahdzir Khalid maafkan saya.

“Oleh kerana persahabatan yang akrab di antara kami, Tok Det pula menjadi sasaran Cyber-Trooper,” katanya yang sekali lagi menegaskan, beliau bukan Pegawai Khas Tok Det.

Kata Tok Pol lagi secara terus terang, “sudah lama saya duduk di rumah, recovering from stroke dan jadi penulis bebas.

“Tak ada biasa pun tulisan saya.” – SM

(Visited 596 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button