Kemalangan

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi – Dua Beradik Hanyut di Pantai Pulau Tinggi

KERIANGAN sebuah keluarga bertukar duka apabila dua beradik ditemukan lemas ketika mandi-manda di pantai Pulau Mentigi, Pulau Tinggi, di sini, semalam.

Mangsa, Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya, Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dipercayai hanyut ketika berkelah bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.25 petang dan segera menggerakkan aset bot PERKASA 44 untuk operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

“Mayat pertama, Nur Awatif, ditemukan komuniti setempat kira-kira jam 4.30 petang, manakala mayat Ahmad Uwais ditemukan dua jam kemudian hasil pencarian penduduk pulau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pulau Tinggi sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk dibawa ke Jeti Shahbandar, Mersing dan seterusnya ke Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR).

Insiden menyayat hati ini mengundang simpati ramai, malah tular di media sosial yang turut dipenuhi ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button