NasionalNegeri

Kedudukan tepi sempadan peluang Perlis tingkat ekonomi

Kedudukan geografi Perlis yang terletak bersempadan negara jiran adalah merupakan satu kelebihan buat negeri ini.

Dilihat daripada sudut positif kedudukan negeri sebagai pintu negara akan memberi ruang dan peluang kepada Perlis untuk terus meningkatkan kedudukan ekonominya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar semasa menyertai kayuhan MAIPs Peduli di Padangbezar, Sadao, Thailand

Namun begitu, perkara berhubung keselamatan dan kawalan sempadan harus sentiasa diberi perhatian memandangkan terdapat isu penyeludupan dan insiden yang tidak diingini pernah berlaku.

Adalah diharapkan agar segala kelulusan terkini daripada pihak Kerajaan Pusat yang amat-amat dialukan dan dihargai serta pertimbangan positif kepada permohonan-permohonan lain daripada pelbagai Jabatan serta Agensi berhubung prasarana dan operasi keselamatan di kawasan sempadan Perlis-Thailand ini akan mampu membantu mengurangkan risiko keselamatan dan aktiviti jenayah di kawasan sempadan khususnya di Wang Kelian dan Kuala Perlis, serta Padang Besar sendiri.

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Masjid Darus Salam Ban Na Padangbezar, Sadao, Thailand sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Imam Masjid Darus Salam Ban Na Padangbezar, Sadao, Thailand sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh Imamnya, Walad Tohir; dan juga disaksikan oleh ‘Mayor’ Kawasan Luar Bandar Padangbezar Thailand, Korib Hamusa dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap inisiatif yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam menjayakan projek rintis larangan jualan minyak RON95 bersubsidi serta diesel ke atas kenderaan asing di Perlis sejak beberapa bulan yang lalu telah berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan tersebut ke negara jiran.

Ia telah mendapat bantuan padu daripada masyarakat setempat di negeri ini yang membuat aduan kepada pihak berkuasa. – SM

BACA Raja Muda Perlis berkenan rasmi Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpilih MAIPs

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button