Politik

“Abang polis.. dekat Twitter bersepah orang main sentimen agama, mohon pantau” – Netizen

SELAIN Facebook (FB), Instagram (IG) dan WhatsApp, masyakarat secara umumnya mengetahui Twitter adalah port lepak golongan muda yang berfikiran terbuka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula beri amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak membangkitkan isu sensitif berkaitan agama, bangsa dan raja.

Namun begitu, tidak pasti sama ada majoriti anak-anak muda yang menyokong Pakatan Harapan (PH) menyedari perkara ini atau tidak pedulikannya kerana menganggap ia satu kebebasan yang bersuara?

Antara ucapan yang agak melampau dilafazkan beberapa wanita adalah seperti:

Korang tak yah sembahyang la weyh.. Eh korang siapa yang sembahyang dekat rumah tu nak kena bakar.. siapa yang screenshoot.. siapa yang ambil setengah-setengah, aku pijak-pijak telur dia.

https://twitter.com/i/status/1595030533636882432

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Kebebasan bersuara menjurus kepada kebebasan diri?

Dalam masa sama, di Twitter juga menyaksikan terlalu banyak kegiatan anak-anak Melayu menawarkan iklan menjurus ke arah pelacuran secara terbuka.

Namun demikian masih tiada tangkapan dibuat kerana mungkin belum ada laporan kerana Twitter adalah platform terbuka yang menjunjung liberalisme dan LGBTQ berbanding Facebook. – SM

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button