Politik

UMNO ada 3,359,368 ahli – Ahmad Maslan

BILANGAN ahli UMNO bertambah seramai 127,214 orang sejak 9 Mei 2018 sehingga 26 Mac lalu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehingga kini UMNO mempunyai bilangan keanggotaan seramai 3,359,368 orang.

Parti itu juga mempunyai 21,883 cawangan di 191 Bahagian di seluru negara.

“Ini menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 hari ini.

Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 583,979 ahli diikuti Johor (451,778), Selangor (421,899) dan Kedah (300,589).

Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu, Sabah seramai 46,570, Semporna, Sabah (40,296), Libaran, Sabah (38,131) Gombak (37,851) dan Baling, Kedah (37,512).

Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 9 buah di United Kingdom, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir.

Sementara itu terdapat Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (ringkasnya UMNOSiswa) di 17 Institut Pengajian Tinggi di negara ini.

Sementara itu menurutnya, sebanyak 3,085 aktiviti sepanjang setahun 2020 telah dianjurkan oleh Wanita di 191 UMNO Bahagian, 3,685 aktiviti oleh Pemuda dan 3,145 aktiviti oleh Puteri.

“UMNO Prihatin Rakyat, UMNO Bantu Rakyat, UMNO Juara Rakyat adalah tema kita bila Presiden meminta 191 UMNO Bahagian mengadakan ribuan aktiviti ziarah kasih dan memberi lebih 114 ribu bungkusan makanan kepada pihak yang memerlukan ketika COVID-19 dan banjir melanda.

“UMNO perlu bersiap untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 tidak kira bila ianya akan diadakan. Biasanya lepas 3 tahun daripada tarikh satu-satu pilihanraya, parti mesti menumpukan perhatian untuk satu lagi pilihanraya.

“Tarikh 3 tahun ini hanya sebulan sebelas hari sahaja lagi iaitu pada 9 Mei 2021,” kata Ahmad.-SM

 

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button