Nasional

Pencemaran air: Empat beradik didakwa minggu depan

Empat  beradik yang merupakan pemilik kilang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pencemaran sungai di Selangor hingga menjejaskan bekalan air akan didakwa minggu depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keempat-empat lelaki tersebut akan didakwa  di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Saya ingin tegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi menguatkuasakan peruntukan perundangan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mereka  telah direman selama enam hari bermula, hari ini.  Kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

Siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik- beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.-SM

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button