Ekonomi

“Cukai Sasar, Bukan Beban”

SST Baharu: Saksama dan Bertanggungjawab

Pelarasan SST bukan untuk membebankan rakyat — ia adalah langkah reformasi fiskal yang bersasar. Barang keperluan asas tidak dikenakan cukai, dan perkhidmatan penting masih dikecualikan. Hanya barangan mewah dan perkhidmatan bukan keperluan yang terlibat. Ini bermakna cukai ini adil dan menyasarkan golongan mampu, bukan rakyat terbanyak.

Cukai baharu ini menyasarkan kemewahan, bukan keperluan. Perkhidmatan seperti kewangan mewah, kecantikan dan penyewaan komersial adalah antara yang dikenakan cukai. Ini mewujudkan sistem yang lebih adil . Yang mampu, menyumbang lebih. Rakyat biasa terus dilindungi daripada kenaikan kos sara hidup.


RUMUSAN UTAMA PENGUMUMAN SST (1 Julai 2025)

Objektif Dasar

• Reformasi fiskal untuk mengukuhkan ekonomi negara.

• Perlindungan kepada golongan B40 dan M40 daripada beban cukai berlebihan.

PERUBAHAN PENTING DALAM CUKAI JUALAN (CJ)

Kategori Kadar CJ Baharu Contoh Barangan

Barangan asas 0% Ayam, daging lembu, udang, buah tempatan, baja, simen

Barangan pilihan & mewah 5% Ikan salmon, ikan kod, buah import, jentera industri

Barangan eksklusif 10% Basikal lumba, lukisan antik

PERUBAHAN PENTING DALAM CUKAI PERKHIDMATAN (CP)

6 Kategori Baharu Dikenakan CP

1. Sewaan / Pajakan

2. Pembinaan

3. Kewangan

4. Kesihatan Swasta

5. Pendidikan

6. Kecantikan

Pengecualian Penting:

• Sewaan rumah kediaman: Tiada cukai.

• Sewaan komersial (PMKS < RM500k pendapatan): Dikecualikan.

• Sektor pembinaan (syarikat < RM1.5 juta setahun): Dikecualikan.

• Kesihatan & pendidikan: Hanya dikenakan kepada bukan warganegara.

• Sekolah antarabangsa (yuran > RM60k): Tertakluk kepada CP.

SST vs GST

Aspek SST GST

Skop cukai Tertumpu – hanya barangan & perkhidmatan tertentu Menyeluruh – semua lapisan dikenakan

Keperluan asas Dikecualikan Ada yang dikenakan

Beban cukai Lebih ringan untuk rakyat biasa Mungkin beban cukai berlapis

Sasaran cukai Mewah & warga asing Semua lapisan termasuk B40 & M40

KESAN & MANFAAT DASAR

• Tidak membebankan rakyat marhaen – majoriti keperluan asas tidak terjejas.

• Menjana hasil negara secara progresif – cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan.

• Menyokong bantuan tunai & subsidi – lebih banyak ruang fiskal untuk rakyat.

• Mengawal inflasi – pelaksanaan secara berperingkat & berhati-hati.

• Pendaftaran CP diberi masa sehingga Ogos 2025 – memastikan pematuhan dan penyesuaian lancar.

KESIMPULAN

Langkah semakan SST 2025 merupakan satu inisiatif percukaian progresif yang:

• Bersifat berkeadilan sosial,

• Menyasarkan kumpulan berkemampuan, bukan rakyat biasa,

• Serta membina asas fiskal mampan bagi pembangunan negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button