Hiburan

Cucu Elvis Presley maut tertembak diri sendiri

Cucu kepada Elvis Presley dilaporkan meninggal dunia pada semalam di Calabasas, California akibat tertembak diri sendiri.

Mendiang Benjamin Keough, 27 merupakan anak lelaki kepada Lisa Marie Presley disahkah meninggal dunia oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut portal TMZ, Lisa benar-benar kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Perkara itu diluahkan menerusi wakil Lisa iaitu Roger Widynowski.

BACA> Hairul Azreen teruja dapat raket Chong Wei

“Hati Lisa memang sudah hancur buat ketika ini tetapi dia cuba untuk kuatkan dirinya demi anak kembarnya yang berusia 11 tahun dan anak bongsungnya, Riley.

“Keough boleh disifatkan sebagai anak kesayangan Lisa dan disebabkan itu dia begitu sedih dengan apa yang berlaku,” katanya Widynowski.

Pada 2019, Lisa pernah memuat naik sekeping gambarnya bersama Keough di akaun Twitternya.

Ketika itu, ramai yang meninggalkan komen dengan menganggap Keough mempunyai pesona dan fizikal yang sama seperti mendiang atuknya.

BACA> Kluster Bachchan: Aishwarya Rai pula positif Covid-19

Turut merakamkan ucapan takziah kepada Lisa ialah pelakon, Nancy Sinatra yang pernah berlakon disamping Presley menerui filem Speedway pada 1968.

“Saya mengenali Lisa sejak dia dilahirkan ibunya. Saya tidak pernah menyangka sama sekali yang dia (Lisa) akan melalui kepedihan hidup seperti ini,” katanya di Twitter. -SM

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button