AgamaNasionalNegeri

Raja Muda Perlis berkenan bertemu Mufti Kemboja

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Mufti Kemboja, Oknha Kamaruddin Yusof di ibupejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja di Khan Russey Keo, Phnom Penh.

Kamaruddin juga Presiden Cambodia Halal Technical ini pernah beberapa kali berkunjung ke Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberikan cederamata kepada Oknha Kamaruddin Yusof di ibupejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja di Khan Russey Keo, Phnom Penh.

Untuk rekod, hubungan antara komuniti Islam di Kemboja dengan Perlis telah bermula puluhan tahun lalu semenjak era bekas Mufti, Allahyarham Datuk Alim Panglima Mat Jahya Haji Hussin semasa berkhidmat dari tahun 1984 sehingga 2006.

Terdapat lebih daripada 45 pelajar berasal dari Kemboja pernah belajar di beberapa buah institusi pendidikan di Perlis seperti Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiah (MATRI) dengan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pembelajaran di peringkat diploma dalam pelbagai bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang sekarang menjadi alumni pelajar Perlis sekaligus sedang bergiat aktif dalam pelbagai lapangan pendidikan dan pengurusan Islam di Kemboja.

Dalam pertemuan ini, Raja Muda diiringi oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle bagi membincangkan beberapa kerjasama dua hala termasuklah dalam bidang pendidikan dan pengurusan hal ehwal Islam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Oknha Kamaruddin Yusof sempena pertemuan di ibupejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja di Khan Russey Keo, Phnom Penh.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh telah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Baginda berkenan melakukan lawatan khas bagi merasmikan sebuah masjid sumbangan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia dengan kerjasama MAIPs di Choy Metrey. – SM

BACA Mufti Kelantan tidak sebut ‘berdikir’ sambil menari bukan amalan di Kelantan

BACA Mufti Perlis nikahkan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus, Angeline Tan

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button