Nasional

Covid mengganas: 2,335 kes baharu, 20,035 sedang dirawat

JANGKITAN virus Covid-19 di Malaysia semakin menggerunkan dengan jangkitan harian baharu mencatat rekod 2,335 kes dan pertambahan 11 kluster baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 yang sedang dirawat pula meningkat kepada 20,035 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 728 kes (31.2 peratus).

Diikuti oleh Selangor sebanyak 710 kes (30.4 peratus) dan Johor sebanyak 412 kes (17.6 peratus).

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,324 kes,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, sebanyak 215 kluster aktif yang dipantau termasuk 11 kluster baharu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Seng (232 kes), Kluster Tampoi Jaya (218 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes),” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.-SM

 

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button