Luar Negara

Cubaan rasuah RM14 juta untuk bebaskan anak Shah Rukh Khan

SAKSI bebas Biro Kawalan Narkotik (NCB), Prabhakar Raghoji Sail yang terlibat dalam kes dadah Aryan Khan, anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan, mendakwa bahawa terdapat cubaan rasuah untuk membebaskan Aryan Khan.

Dia menjadi saksi utama kes itu melaporkan bahawa Pengarah Zon NCB iaitu Sameer Wankhede dan beberapa individu lain telah menuntut bayaran sebanyak Rs 25 crore bersamaan RM14 juta daripada Shah Rukh Khan.

Namun begitu, pegawai kanan NCB tersebut menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa dakwaan itu adalah palsu dan berniat jahat untuk menjatuhkannya.

Tambahan pula, Prabhakar Sail memberikan bukti dalam bentuk mesej video dan afidavit di mana dia terdengar panggilan telefon dibuat kepada pengurus Shah Rukh Khan bagi menuntut wang berkenaan susulan penahanan Aryan Khan.

Sail juga adalah merupakan seorang pengawal peribadi kepada KP Gosavi iaitu salah seorang saksi bebas yang pernah swafoto bersama Aryan Khan dan telah menjadi tular.

Melalui afidavit tersebut, Sail menyatakan bahawa dia melihat pengurus Shah Rukh Khan iaitu Pooja Dadlani, berbual dengan KP Gosavi di dalam sebuah kereta di mana selepas itu, Gosavi menyuruhnya pergi ke suatu lokasi untuk mengambil wang tunai sebanyak Rs 50 lakh.

Sail turut mendakwa bahawa dia melihat seseorang yang memandu kereta Innova berwarna putih memberi Gosavi dua beg berisi wang tunai tersebut dan dia turut melihat Gosavi mengemaskan begnya dan berlalu pergi meninggalkan lokasi itu.

“KP Gosavi sekarang hilang tanpa jejak dan saya takut pegawai NCB atau orang lain yang terlibat boleh menculik atau membunuh saya seperti KP Gosavi.

“Saksi sering dibunuh atau dibawa pergi seperti yang dapat dilihat dalam kes-kes besar dan kerana itu saya ingin memberitahu perkara yang sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Aryan Khan ditahan bersama tujuh lagi individu lain termasuk dua orang wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di sebuah pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua orang rakan yang lain iaitu pelakon Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Berdasarkan laporan Time of India, NCB telah merampas 13 gram kokain, 21 gram charas iaitu kanabis pekat, 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button