Politik

Gantung Parlimen hanya cadangan MIC, BN tidak pernah bincang

CADANGAN Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran agar Parlimen digantung Parlimen bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menyekat penularan COVID-19, tidak dipernah dibincangkan Barisan Nasional (BN).

“Itu hanya cadangan MIC,” kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa mengulas syor Vigneswaran mengenai prorog Parlimen yang menurutnya turut dinyatakan melalui Artikel 55 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘Yang di-Pertuan Agong dapat membuat prorog atau membubarkan Parlimen’.

Gantung Parlimen ialah pemberhentian atau penggantungan persidangan Dewan Rakyat tanpa membubarkan Parlimen.

Vigneswaran, yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara berkata, penggantungan Parlimen boleh ditamatkan setelah Kementerian Kesihatan (KKM) dapat memastikan wabak Covid-19 sudah berkurangan dan selamat untuk mengadakan pilihan raya.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam sidang media mengenai pengumuman inisiatif Wilayah Cakna 3.0 semalam berkata prorog Parlimen tidak pernah dibincangkan di peringkat BN atau menjadi syor BN kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya sama ada BN akan meletakkan syarat bagi menyokong Perikatan Nasional (PN), Annuar berkata BN belum memuktamadkan apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

“Di peringkat BN kita belum adakan apa-apa mesyuarat, jadi tiada maklumat terbaharu dan kita tidak boleh jangka bila mesyuarat akan diadakan sebab belum dapat arahan,” katanya.

UMNO dilaporkan akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik. – BERNAMA

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button