Bola SepakSukan

Cristiano Ronaldo – Rodriguez bakal timang bayi kembar

PEMAIN bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan pasangannya, Georgina Rodriguez sedang hamil bayi kembar. Ronaldo, 37, memberitahu khabar gembira itu melalui laman media sosial Instagram miliknya semalam.

Ronaldo memuat naik sekeping gambar bersama Rodriguez sambil memegang gambar ultrabunyi.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami sedang menantikan anak kembar.

“Hati kami sedang penuh dengan kasih sayang dan kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu,” tulisnya.

Ronaldo kini telah bergelar seorang bapa kepada empat orang anak iaitu Cristiano Junior, dilahirkan pada tahun 2010, pasangan kembar Eva dan Mateo, dilahirkan pada tahun 2017, dan Alana Martina dilahirkan pada November tahun 2017.

Alana Martina adalah anak pertama Ronaldo bersama Rodriguez.

Terdahulu, pada tahun 2017, Ronaldo pernah memberitahu France Football bahawa dia mahukan tujuh orang anak, jadi, tidak hairanlah jika Ronaldo mempunyai ramai anak sekarang. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button