Politik

FDI Malaysia 2020 tercorot dalam ASEAN?

MALAYSIA dikatakan sebagai negara mengalami kesan kemeruduman ekonomi paling terusk dalam kalangan negara ASEAN dalam tempoh krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

Berbanding negara lain, memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia mengalami penurunan pelaburan asing terus (FDI) sebanyak 68 peratus.

Walaupun, negara ASEAN lain pada tahun lalu mencatatkan penurunan dalam FDI, namun ia dikatakan tidaklah seteruk situasi yang dihadapi di negara ini.

Seperti Thailand, negara gajah putih itu mengalami penurunan FDI sebanyak 50 peratus, Singapura (37 peratus), Indonesia (24 peratus) dan Vietnam (10 peratus).

Walau bagaimanapun, Filipina mencatatkan peningkatan dalam aliran masuk pelaburan asing iaitu sebanyak 29 peratus atau 6.4 bilion Dolar Amerika Syarikat (RM25.9 bilion).

“Biar angka dan data berbicara.

“Malaysia dahulu antara negara paling tinggi mencatatkan nilai pelaburan asing di ASEAN, tetapi sekarang menjadi paling teruk. Benar-benar mengecewakan.

“Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan kerana negara ASEAN yang lain juga turut menghadapi ancaman yang serupa.”

Demikian kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Neger dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk makluman, Malaysia terus mencatatkan aliran keluar pelaburan asing apabila beberapa syarikat luar termasuklah sektor automotif seperti Hyundai memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik ke Indonesia.

Pemindahan tersebut melibatkan nilai pelaburan asing (FDI) bernilai RM4.02 bilion masuk ke negara jiran.

Sementara itu, Indonesia pula terus mencatatkan pertumbuhan dalam pelaburan asingnya apabila beberapa syarikat seperti LG Chem menanam modal mereka sebanyak RM39.37 bilion di sana.

Begitu juga syarikat Toyota dan bateri CATL, masing-masing melabur sebanyak RM8.04 bilion dan RM20.09 bilion di Indonesia.

Kali terakhir Malaysia menerima pelaburan signifikan dari industri automotif ialah pada tahun 2016 dan 2017 apabila Geely dan Volvo membuka HQ untuk rantau ASEAN.

Kemeruduman ekonomi negara sebelum ini dilapor dipengaruhi serangan krisis kesihatan yang turut melanda negara-negara di seluruh dunia.

Namun, Malaysia menerima impak paling buruk apabila ketidakstabilan politik membuatkan pelabur asing semakin kurang keyakinan untuk melabur di negara ini. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button