Lifestyle

Coway Bagi Rumah Lebih Sejuk, Bersih dan Tenang dengan P-Series Baharu

SYARIKAT yang terkenal dengan perkhimatan penjagaan kesihatan dan kebersihan rumah, Coway merupakan Best Life Solution, dengan bangganya memperkenalkan rangkaian penyaman udara terbaharu mereka iaitu Penyaman Udara P-Series Coway. Berpegang teguh kepada janji Prestasi Luar Biasa, Nilai Berpatutan, rangkaian P-Series menggabungkan penyejukan luar biasa dengan reka bentuk elegan dan moden, tersedia dalam dua pilihan warna, Hitam dan Putih.

Direka untuk penyejukan berkuasa, cekap tenaga bagi ruang pelbagai saiz, Penyaman Udara P-Series menawarkan sehingga 2.0HP dengan inverter penjimatan tenaga 5 bintang, mengekalkan operasi yang konsisten dan lebih senyap untuk keselesaan maksimum. Dibina untuk prestasi tahan lama, ia dilengkapi Kondenser Sirip Emas (Golden Fin Condenser) yang tahan hakisan, memastikan prestasi optimum walaupun dalam iklim lembap Malaysia.

Menetapkan penanda aras baharu bagi penyejukan di dalam rumah, Coway P-Series dilengkapi dengan sistem Pembersihan Kendiri untuk unit dalaman dan luaran. Direka bentuk bagi mengutamakan keselesaan, pengguna turut mendapat manfaat daripada penapisan 3 lapisan (Pra-Penapis, HEPA, Karbon Teraktif) serta pensterilan dan ion UVC untuk menghapuskan sehingga 99.99% bakteria, memastikan udara yang lebih bersih dan sihat setiap hari.

Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia berkata, “Di Coway, kami percaya bahawa keselesaan di rumah bermula dengan udara yang kita hirup. Iklim di Malaysia telah menjadikan penyaman udara sebahagian penting dalam kehidupan seharian. 

Memandangkan penyaman udara kini menjadi satu kebiasaan di rumah moden Malaysia, kami terus berinovasi untuk menghasilkan produk yang berprestasi tinggi, cekap dan mampu milik untuk memenuhi setiap ruang kediaman.”

Coway baru-baru ini membawa pengalaman penyejukan yang selesa ke tahap baharu menerusi Coway Rileks & Refresh Zone yang bertempat di Pasar Seni. Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari tersebut membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai inovasi peralatan rumah terbaharu Coway dengan penampilan produk seperti penyaman udara P-Series, penulen air VILLAEM III dan AIS, serta penulen udara Noble. Para pengunjung turut merasai sendiri kecanggihan produk Coway melalui pelbagai aktiviti interaktif serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif. 

Coway Rileks & Refresh Zone direka dengan teliti bukan sekadar untuk mempamerkan inovasi terbaharu kami, malah juga untuk memberi pengalaman secara langsung kepada orang ramai dalam mengenali Coway. Menerusi pengalaman ini, kami berharap untuk membawa insipirasi kepada rakyat Malaysia agar hidup lebih sihat, lebih tenang, dan menjadi versi diri mereka yang lebih baik,” tambah Jung

Antara tarikan utama di Coway Rileks & Refresh Zone ialah penulen air VILLAEM III, versi terbaharu yang kini tampil lebih langsing, lebih senyap dan lebih pintar untuk kegunaan harian. Dengan reka bentuk anggun dan panel digital intuitifnya, generasi ketiga ini menawarkan 48 tetapan boleh laras bersama fungsi tambahan seperti mod Semua Kunci (Dual Lock Mode) dan mod Senyap (Silent Mode), yang direka khusus untuk memenuhi keperluan rumah moden masa kini.

Turut dipamerkan ialah Coway AIS, penulen air atas meja pertama di Malaysia dengan fungsi pembuat ais. Inovasi ini menghasilkan kiub ais jernih berbentuk peluru melalui sistem automatik sepenuhnya dan menyimpan ais dalam tangki tertutup yang dilengkapi dengan pensterilan UV, memastikan ais anda kekal segar, bersih dan bebas dari bau peti ais atau tekstur kasar yang tidak diingini. 

Melengkapkan barisan produk ialah Noble, penulen udara pemenang anugerah dari Coway yang menggabungkan fungsi dan gaya untuk menyerlahkan mana-mana ruang. Dengan reka bentuk bertaraf dunia dan penapis 4D inovatif—yang pertama seumpamanya di Malaysia, Noble menawarkan penulenan 360° dengan menyedut, membersih serta mengedarkan udara dari setiap arah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Coway yang dipamerkan di Coway Rileks & Refresh Zone, sila layari coway.com.my/pseries untuk penyaman udara Coway P-series,  coway.com.my/villaem3 untuk Villaem III, coway.com.my/ais untuk Coway AIS dan coway.com.my/noble untuk Noble.  

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button