Nasional

Covid-19: 15 sembuh, 110 kes baharu hari ini

SERAMAI 15 orang pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 sembuh hari ini dan dibenarkan pulang.

Manakala negara mencatatkan 110 kes baharu jangkitan virus maut tersebut. Sebanyak 63 daripada kes baharu tersebut merupakan kluster yang berkaitan jemaah tabligh.

Dalam sidang akhbar hari ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 20 orang pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah keseluruh jangkitan Covid-19 yang dicatatkan Malaysia sehingga hari ini adalah sebanyak 900 kes dengan 821 masih mendapat rawatan di hospitat dan 75 telah sembuh.

Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).-SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button