Nasional

Pesakit Covid-19 berbaki 208 orang

JUMLAH keseluruhan pesakit Covid-19 di Malaysia kini hanya tinggal 208 orang. Hari ini 40 lagi pesakit sembuh dengan jumlah keseluruhan yang telah pulih adalah seramai 8,271 orang atau 96.7 peratus.

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dikesan sebanyak empat kes iaitu melibatkan tiga kes import yang kesemuanya warganegara Malaysia dan satu kes penularan tempatan melibatkan seorang warga asing.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan tiada kes kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan kes kematian kekal seramai 121 orang.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button