fbpx
Luar Negara

Covid19: Sepanyol catat 24,926 kes, 1,326 kematian

KEMENTERIAN Kesihatan Sepanyol mengesahkan pada Sabtu bahawa negara itu telah mencatatkan 1,326 kematian akibat Covid-19.

Hari ini sahaja negara itu mencatatkan 324 kematian.

Sementara kes yang disahkan positif Covir-19 meningkat keapda 24,926 orang.

Angka terbaharu ini disahkan sebaik sahaja Presiden wilayah Madrid, Isabel Diaz Ayuso berkata, majoriti penduduk di ibu negara Sepanyol itu akan terkena Covid-19.

Bercakap kepada sebuah stesen radio pada Khamis, Ayuso berkata, lapan daripada 10 penduduk Madrid kemungkinan ada hubungan dengan mereka yang kena Covid-19.


Sepanyol kini berada pada kedudukan kedua selepas Itali yang mencatatkan kematian tertinggi akibat Covid-19 di Eropah, yang mana kini telah menjadi pusat wabak tiu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia telah menasihat semua negara untuk mengambil langkah pencegahan. – CNBC

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button